Lawrence Guandi Dilantik CEO baharu K.K.I.P Sdn. Bhd.

 

KOTA KINABALU: Lawrence Guandi Kimkuan telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) K.K.I.P Sdn. Bhd. yang baharu, menggantikan Datuk Melvin Disimon yang telah bersara.

Advertisements

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian (MID), Datuk Dr. Joachim Gunsalam, menyerahkan watikah pelantikan kepada Lawrence di pejabatnya di Wisma Kewangan hari ini, disaksikan oleh Setiausaha Tetap MID, Thomas Logijin.

Dr. Joachim mengucapkan tahniah dan selamat bertugas.

Beliau berharap agar kerjasama antara K.K.I.P Sdn. Bhd. dan MID akan terus terjalin dan maju ke hadapan selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles