Jumlah Kes Covid-19 di Sabah Meningkat Ke Angka 585

 

KOTA KINABALU: Jumlah kes Covid-19 di Sabah meningkat ke angka 585 hari ini, berbanding 565 kes semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata sebanyak 13 daerah mencatatkan pertambahan kes, empat darinya merekodkan peningkatan yang agak ketara iaitu Kinabatangan (25 kes), Kota Kinabalu (15 kes), Putatan (13 kes) dan Tambunan dengan 11 kes.

Beliau berkata 12 daerah lagi mencatatkan penurunan kes dengan dua merekodkan penurunan signifikan iaitu Ranau dengan 28 kes dan Keningau (19 kes).

“Sejumlah 206 kes atau 35.21% daripada kes terkumpul hari ini adalah jangkitan yang berpunca daripada Saringan Bergejala, kategori yang sinonim dengan kes sporadik. Kes-kes dalam kategori ini sering dikaitkan dengan kegagalan mematuhi SOP,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Masidi berkata walaupun jumlah kes harian mencatatkan penambahan namun 97.44% daripada jumlah kes tersebut adalah dalam Kategori 1 dan 2.

Enam kes lagi dalam Kategori 3, satu kes dalam Kategori 4 dan satu kes dalam Kategori 5, katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles