Lapan Kematian Akibat Covid-19 dilaporkan di Sabah – Masidi

KOTA KINABALU: Sebanyak lapan kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan di Sabah pada Isnin.

Advertisements

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata daripada jumlah itu, empat kes kematian direkodkan di daerah Kota Belud, dua kes di Tawau dan masing-masing satu kes di Kota Marudu dan Kudat.

“Bilangan kematian ini tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam ini. Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.

“Takziah diucapkan kepada keluarga yang terlibat,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Masidi berkata sebanyak 450 kes Covid-19 dikesan di negeri ini pada Isnin, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 214,514 kes.

Beliau berkata bilangan pesakit Covid-19 yang sembuh ialah 568, menjadikan jumlah kumulatif 203,833 orang.

Masidi berkata 1,876 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 742 orang di hospital, 1,105 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles