Ikatan Desak ROS Tidak Benarkan Syed Saddiq Guna Perkataan “Ikatan” Untuk daftar MUDA

Ikatan

 

KOTA KINABALU: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) mendesak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) supaya tidak membenarkan perkataan “Ikatan” digunakan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk mendaftarkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia).

Advertisements

Ketua Penyelaras Ikatan Sabah Asroh Sukardi berkata ini bagi mengelakkan kekeliruan rakyat, khususnya di negeri ini memandangkan perkataan Ikatan sudah digunakan oleh Parti Ikatan Bangsa Malaysia.

Beliau berkata RoS meluluskan pendaftaran Ikatan pada tahun 2015 dan oleh itu, Syed Saddiq tidak wajar menggunakan Ikatan sebaliknya perlu mencari perkataan lain selaras selaras dengan visi dan misi parti berkenaan.

Asroh berkata demikian kepada pemberita di Kota Kinabalu hari ini.

Menurutnya Ikatan terpanggil untuk membuat kenyataan media selepas tersebarluas berita yang mengaitkan kerjasama antara Parti Warisan Sabah dan Ikatan Muda.

Asroh menegaskan Ikatan menyokong kerajaan sedia ada dan akan bekerjasama dengan parti pemerintah untuk membangunkan negara ini.

Mengenai Ikatan di Sabah, beliau berkata Ikatan Sabah akan dilancarkan pada penghujung tahun ini.

Katanya buat masa ini, Ikatan mempunyai cawangan di 10 kawasan parlimen dengan jumlah keahlian mencecah 10,000 orang.

 

Related Articles

253FansLike

Latest Articles