Seragamkan semua adat-adat di kampung – Dr. Joachim

RANAU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam telah merasmikan Program Pemerkasaan Adat Mahkamah Anak Negeri (MAN) Ranau bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, di sini hari ini.

Advertisements

Dr. Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang berkata, program ini adalah untuk memperkasakan adat resam di daerah ini.

“Sabah satu-satunya negeri di seluruh Malaysia yang mengamalkan “Native Court” (Mahkamah Anak Negeri – MAN) yang diperkenalkan sejak zaman British lagi. Inilah keunikan kita di Sabah. Oleh itu, kita harus pertahankan sistem ini”, kata Dr. Joachim.

Program ini yang diadakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Ranau, disertai seramai 38 orang yang terdiri dari Ketua Anak Negeri (KAN), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan ketua kampung dari tiga mukim iaitu Bundu Tuhan, Kundasang dan Perancangan.

Dr. Joachim menyeru agar semua adat resam di kampung – kampung diseragam dan didokumentasikan untuk kegunaan generasi akan datang.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada MAN yang diketuai oleh Ketua Daerah Ranau, OKK Muhasip Hj. Ruman kerana menganjurkan Jelajah Pemerkasaan Adat Daerah Ranau.

Dr. Joachim juga mengingatkan semua ketua – ketua kampung yang hadir supaya menasihatkan penduduk dibawah jagaan mereka yang belum divaksin agar berbuat demikian untuk membantu mencegah penularan Covid-19.

Sehubungan dengan itu, Muhasip dalam ucapannya memberitahu program ini diadakan untuk membincangkan tentang keperluan memelihara adat- adat kampung dan berterima kasih kepada semua yang menjayakan program tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles