300 sertai program berbasikal bersama TYT Sabah

466

KOTA KINABALU: Seramai 300 orang ketua dan pegawai jabatan-jabatan kerajaan dan persatuan-persatuan menyertai program berbasikal sempena sambutan hari ulangtahun yang ke-68 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah yang diadakan di sini pagi tadi.

Tun Dr. Juhar Mahiruddin bersama isteri, Toh Puan Datuk Seri Dr. Hajah Norlidah R. M. Jasni turut serta dalam program tersebut yang bermula daripada bangunan ibu pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Mereka mengayuh sejauh 15 kilometer sehingga ke Menara Kinabalu.

Pelepasan (flagged off) dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Industri, Datuk Dr. Joachim Gunsalam yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Ulangtahun TYT pada tahun ini, yang mewakili Ketua Menteri.

Program berbasikal ini dipengerusikan oleh Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, (DBKK), Datuk Noorliza Awang Alip.

Antara yang hadir semasa program tersebut ialah Menteri Teknologi Sains dan Inivasi, Datuk Yakub Khan, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Haji Kadzim Haji M. Yahya; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Haji Safar Untong, Pembantu-Pembantu Menteri, Setiausaha-Setiausaha Kementerian serta pegawai-pegawai kerajaan.

Turut diadakan di majlis yang sama ialah sesi memotong kek meraihkan hari ulangtahun TYT.