TKM Ingatkan Pemimpin Masyarakat Agar Sering Turun Padang

Oleh: Jaafar Abd Wahid

Advertisements

BUKIT GARAM :Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin mengingatkan pemimpin masyarakat di negeri ini supaya kerap turun padang menerangkan program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan.

BAGUS..Bung menunjukkan isyarat baik ketika memasuki pejabat baharu beliau sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan dan Adun Lamag di Pekan Baru Kinabatangan.
BAGUS..Bung menunjukkan isyarat baik ketika memasuki pejabat baharu beliau sebagai Ahli Parlimen Kinabatangan dan Adun Lamag di Pekan Baru Kinabatangan.

Beliau berkata ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19 rakyat khususnya di kawasan luar bandar berhadapan dengan pelbagai masalah terutamanya dari aspek Kebajikan mereka.

Menurut Bung yang juga wakil rakyat kawasan Lamag pemimpin Masyarakat terutamanya Ketua Kampung ,Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) pemaju mukim dan lain lain perlu cakna kepada isu semasa dan segara menyalurkan maklumat kepada pemimpin atas agar tindakan segara bagi membantu mereka yang terkesan dengan penularan pandemik COVID- 19 dapat dibantu.

Selain itu tambah Bung pendekatan itu bukan sahaja menjelaskan kesungguhan kerajaan dalam membela nasib rakyat, tetapi juga boleh menangkis tuduhan yang dilemparkan pembangkang terhadap kerajaan.

“Pembangkang sekarang keluar masuk kampung beritahu rakyat akar umbi agar kepimpinan kerajaan harus diubah, walhal kita sekarang hidup dalam keadaan baik dan harmoni.

“Kita kena jaga negeri kita dengan baik. Jangan kita tersalah dengar cakap (pembangkang) sehingga kita akhirnya sedar keadaan sekarang lebih baik (berbanding di bawah kepimpinan pembangkang),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Pejabat Adun dan Parlimen yang baru di pekan baru Bukit Garam seterusnya mengadakan perjumpaan bersama pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan tersebut baru baru ini.

Bung berkata pemimpin masyarakat juga perlu bijak menyampaikan program dan dasar kerajaan agar rakyat tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negeri.

Katanya kerajaan sentiasa berusaha menjaga amanah rakyat dengan menyediakan pelbagai peluang agar kehidupan rakyat lebih sejahtera.

” Tugas dan tanggunjawab kita sebagai pemimpin Masyarakat akar umbi bukan sekadar duduk di pejabat tapi perlu turun ke lapangan bagi mendapatkan maklumat yang tepat tentang apa juga isu rakyat baik dari segi kebajikan dan pembangunan” Katanya

Beliau yang Juga Ahli Parlimen Kinabatangan turut berterima kasih kepada pemimpin masyarakat dan penjawat awam negeri serta Persekutuan khususnya di kawasan itu kerana memudahkan kerjanya sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

” Kita berkerja sebagai satu pasukan untuk membangunan kawasan ini dalam menyediakan prasarana dan meningkatkan ekonomi rakyat” jelas Bung

Related Articles

253FansLike

Latest Articles