MAFI Prihatin Peranan Barisan Hadapan MINDEF

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) hari ini telah menyerahkan bantuan MAFI Prihatin kepada 1,500 orang petugas barisan hadapan Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) yang terdiri daripada orang warga awam MINDEF dan anggota ATM dari Markas ATM, Tentera Darat Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia di Kem Kementah, Kuala Lumpur.
Penyerahan bantuan MAFI Prihatin seberat 10 metrik tan (MT) itu disampaikan oleh YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan sambil disaksikan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin Bin Tun Hussein, Menteri Kanan Pertahanan.
Menurut Dr Ronald, sumbangan in-kind berbentuk hasil pertanian seperti sayur- sayuran, buah-buahan dan produk industri makanan ini adalah kesinambungan program MAFI Prihatin yang merupakan inisiatif Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk membantu golongan sasar yang terkesan akibat pandemik COVID-19 di samping menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan (frontliners) yang bertungkus-lumus dalam usaha memerangi pandemik tersebut.
Tambah Dr Ronald, Program MAFI Prihatin yang dilancarkan pada Januari 2021 juga telah diperkasakan lagi dengan penglibatan pihak swasta dan pemain industri sebagai rakan strategik selaras dengan pendekatan whole-of-nation yang menggembleng kerjasama seluruh anggota masyarakat dan Kerajaan dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.
Bantuan melalui MAFI Prihatin juga telah diberikan kepada golongan yang terkesan akibat banjir dan bencana alam yang lain serta kepada badan kebajikan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang memerlukan.
“Program MAFI Prihatin ini adalah sangat memberangsangkan dalam memberi ruang dan memberi manfaat kepada banyak pihak terutama sekali di dalam tempoh pandemik yang begitu mencabar ini. Manfaat ini kini turut dirasai oleh para semua frontliners dan ini sedikit sebanyak mampu untuk menaikkan semangat dan usaha mereka untuk meneruskan perjuangan dalam memerangi wabak COVID-19 ini,” ujar Dr Ronald.
“Melangkah ke hadapan, bagi pihak MAFI, saya memberi jaminan dan mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama di antara Kementerian dan sudah pasti ia baik kepada negara demi kesejahteraan rakyat,’’ katanya.

Advertisements

Turut hadir ke program ini adalah YBhg. Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Hj. Affendi Bin Buang TUDM, Panglima Angkatan Tentera, YBhg. Dato’ Sri Muez Bin Abd Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Dato’ Haslina Binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha MAFI, YBhg Jeneral Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Tentera Darat, YBhg Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany, Panglima Tentera Laut, YBhg Jeneral Tan Sri Ackbal bin Haji Abdul Samad TUDM, Panglima Tentera Udara dan YBhg. Dato’ Zainal Abidin Bin Yang Razalli, Ketua Pengarah FAMA.
Secara keseluruhannya, sejak Januari hingga September yang lalu, seramai 117,033 penerima menerima manfaat telah direkodkan melalui Program MAFI Prihatin di lebih 500 lokasi seluruh negara melibatkan 10 buah jabatan dan agensi di bawahnya.Sehingga, 3 Oktober 2021, pelaksanaan MAFI Prihatin melalui FAMA sahaja, telah memberi manfaat kepada 38,874 orang di 203 lokasi seluruh negara dengan jumlah keseluruhan sebanyak 76.60 tan metrik makanan telah disalurkan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles