KOTA KINABALU: Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengingatkan ahli politik supaya berhati-hati dalam sebarang perbincangan berkaitan PRU-15, termasuk kerjasama politik dan pengagihan kerusi.
Katanya ini penting bagi mengelakkan
sebarang persepsi negatif di khalayak rakyat.
“Rakyat memerlukan kita sekarang untuk menyelesaikan atau memberikan keutamaan kepada masalah Rakyat.
“Masa sekarang adalah untuk bekerja, dan Rakyat pasti akan menilai sebaiknya kelak,” katanya dalam hantaran Terbaharu di Facebook.
Salleh yang juga bekas Ketua Menteri Sabah berkata semua pihak perlu sentiasa berwaspada kerana misi utama adalah mengawal kes COVID-19 dan masalah berkaitan yang dihadapi rakyat seluruh negara.
Beliau berkata ini termasuk masalah kesihatan, kewangan, dan kestabilan politik.