Oleh: Jaafar Abd Wahid
KUALA PENYU: Ketua Umno Bahagian Beaufort , Datuk Awang Aslee Lakat berharap keputusan menang-menang akan dapat dicapai bagi menyelasaikan isu tapak pembinaan Pra Sekolah di kampung Sinapokan Menumbok
Menurut Beliau atas arahan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mohamad Alamin beliau telah menemuai pemimpin masyarakat di kampung tersebut yang turut dihadiri bersama oleh Guru Besar Sk Sinapokan Saiful Suari.
“ Perbincangan telah dilakukan bersama mereka dan berharap isu ini dapat diselesaikan dalam tempuh terdekat ini bagi membolehkan projek pembinaan Pra Sekolah di kampung ini dapat dimulakan demi kepentingan anak-anak di kampung ini” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perbincangan bersama penduduk kampung dan pihak sekolah di sini kemarin.
Menurut Awang Aslee yang juga Setiausaha Eksekutif Umno hasil perbincangan tersebut telah pun dimaklumkan kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin untuk tindakan selanjutnya.
“ Kita berharap pihak kementerian dapat mengambil tindakan penyelesaian terhadap kemelut itu bagi membolehkan projek ini dapat diteruskan” tambah beliau.
Selepas mengadakan perbincangan tersebut Awang Aslee turut melawat bangunan kelas KAFA di Kampung Tanjung Aru yang dalam keadaan usang dan daif selain meninjau keadaan sistem perparitan di sekitar gerai dan bangunan surau lama di kampung itu.
Katanya, kerosakan bangunan dan sistem perparitan yang tersumbat hingga mengakibatkan banjir apabila musim hujan perlu diambil perhatian pihak kerajaan dan mengambil langkah melakukan pembaikan sewajarnya.