Persatuan Pengguna Bijak Sabah sambut baik komitmen RMK-12 bantu majukan Sabah

KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Sabah menyambut baik komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memberi perhatian kepada negeri-negeri kurang membangun terutama Sabah dan Sarawak dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Advertisements

Presidennya, David Chan berkata, peruntukan tersebut diharapkan mampu memacu pembangunan dan kemajuan di Sabah agar tidak jauh ketinggalan berbanding lain-lain negeri di Malaysia.

“Saya bagi pihak Persatuan Pengguna Bijak Sabah melahirkan penghargaan di atas komitmen kerajaan melalui RMK-12 sekali gus bakal menjadi pemangkin kepada kemajuan dan pembangunan negeri ini.

“Kita amat berharap Sabah dan Sabah tidak terus ketinggalan dalam menikmati arus kemajuan sama seperti negeri-negeri lain baik dalam aspek prasarana kemudahan asas seperti elektrik, bekalan air bersih, capaian internet jalur lebar,  jalan raya, infrastruktur pendidikan, kesihatan dan sebagainya,” katanya.

Beliau mengulas mengenai pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini bahawa kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM9.13 bilion kepada Sabah dan Sarawak.

David berkata, persatuan berharap sebahagian peruntukan itu digunakan bagi  meningkatkan kemudahan penjagaan kesihatan khususnya membina klinik kesihatan baharu di Penampang dan Beaufort yang dilihat amat memerlukan penambahbaikan selain membina pusat tabung darah baharu.

“Saya juga berharap agar ada pemantauan secara teliti melibatkan beberapa pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan dalam memastikan semua perancangan RMK-12 di Sabah dapat dijayakan. 

“Kerajaan Persekutuan mesti menekankan layanan adil untuk Sabah dalam membentuk dan merancang RMK-12 dengan menyalurkan peruntukan sumber kewangan secara saksama dalam membangunkan negeri ini,” ujar beliau.

Beliau berkata, tumpuan penuh perlu diberikan kepada usaha mengurangkan jurang perbezaan antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung yang menjadi isu dalam kalangan rakyat.

“Kita mahu slogan Keluarga Malaysia benar-benar direalisasikan oleh Perdana Menteri supaya rakyat Sabah tidak berasa tersisih daripada peruntukan dan bantuan pembangunan dan kemajuan.

“Oleh itu RMK-12 ini harus menjadi satu komitmen politik jitu pimpinan kerajaan Persekutuan kepada negeri Sabah dan Sarawak,” katanya.

Persatuan Pengguna Bijak Sabah turut menyatakan sokongan padu yang tudak berbelah bagi kepada kepimpinan kerajaan GRS yang diterajui oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles