Siasatan Terhadap Tiga Pegawai Kanan SPRM, Ketua Pesuruhjaya Wajar Direhatkan

KOTA KINABALU: Majlis Presiden Pakatan Harapan mengikuti dan meneliti isu penahanan reman tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 14 sehingga 19 September 2021, atas dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan di dalam urusan kes terhadap Datuk Hasanah Abdul Majid, Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO).
Pakatan Harapan menyambut baik kenyataan yang dibuat Menteri Dalam Negeri di dalam Dewan Rakyat semalam bahawa satu kertas inkuiri Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dibuka terhadap isu ini.
Walau bagaimanapun, memandangkan isu ini telah mewujudkan satu persepsi yang amat buruk terhadap SPRM serta mengakibatkan rakyat Malaysia mempertikai integriti institusi itu sendiri, kami berpandangan bahawa satu kertas siasatan perlu dibuka, siasatan tersebut perlu bersifat menyeluruh dan mereka yang telah melanggar undang-undang mesti dibawa ke muka pengadilan.
Pada masa yang sama Datuk Seri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM patut direhatkan sementara waktu dari tugas-tugas beliau sehingga siasatan penuh dapat dilakukan.
Pakatan Harapan turut berpandangan bahawa Kerajaan wajar mempertimbang menasihatkan KDYMM Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat isu-isu berhubung SPRM, serta mencadangkan langkah-langkah mereformasi institusi penting ini.
Kenyataan ini dikeluarkan bersama oleh
Datuk Seri Anwar Ibrahim Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Hj Mohamad Sabu Parti Amanah Negara (AMANAH), Lim Guan Eng Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan
Datuk Seri Panglima Madius Tangau Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).

Related Articles

253FansLike

Latest Articles