KPLB Sabah Bertekad Sejahterakan Luar Bandar

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah telah menyejahterakan luar bandar melalui program peningkatan sosioekonomi, utiliti dan pentadbiran kampung.

Advertisements

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim berkata pelbagai usaha telah dilaksanakan termasuk mengadakan kolaborasi bersama kerajaan persekutuan dan negeri manakala pejabat daerah daerah diamanahkan sebagai agensi pelaksana.

Datuk Jahid berkata antara program pembangunan biayaan kerajaan persekutuan dan negeri dalam membantu meningkatkan taraf sosioekonomi dan utiliti adalah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), Jalan Penghubung Desa (JPD), Program Rumah Sejahtera Rakyat Sabah (RSRS) dan Program Projek Pembangunan (PPK).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan ADUN dilantik, Datuk Raime Unggi dalam sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya telah meningkatkan keberkesanan pentadbiran di peringkat Kampung termasuk memperkasa peranan dan fungsi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) melalui lantikan yang telus dan layak serta memenuhi syarat seperti yang terkandung dalam Garis Panduan yang telah ditetapkan.

Beliau berkata KPLB juga telah mengeluarkan Buku Panduan Tatacara Pengurusan dan Pentadbiran JPKK dan jumlah Badan JPKK juga disesuaikan dengan pertambahan bilangan kampung dan keluasan daerah di negeri ini.

Tambahnya, kementerian itu turut membangunkan Sistem Pengurusan JPKK bagi memudahkan pelbagai proses kerja yang berkaitan dengan JPKK seperti pelantikan, pembayaran elaun, pengurusan minit mesyuarat JPKK bagi memastikan tadbir urus JPKK yang lebih sistematik dan efisien selari dengan perkembangan semasa dan pendigitalan kerajaan negeri.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles