RCP Kalabakan Esscom Tahan Warga Tempatan, Rampas 0.61 Gram Syabu

TAWAU: Pusat Pemeriksaan Daratan (RCP) ESSCOM telah berjaya menggagalkan cubaan seorang lelaki tempatan menyeludup 0.61 gram Dadah jenis syabu, dekat sini, malam tadi.
Komander ESSCOM DCP Datuk Ahmad Fuad Othman dalam satu kenyataan di sini berkata, dalam kejadian kira-kira jam 11.15 malam itu, sepasukan anggota BN 14, Pasukan Gerakan Am (PGA) yang sedang menjalankan tugas rondaan sekatan jalan raya di RCP Kalabakan ESSCOM di Km143.5 jalan Sapulut-Kalabakan, menahan sebuah motorsikal yang dinaiki oleh seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata hasil pemeriksaan tubuh badan terhadap suspek telah menjumpai 3 paket plastik lutsinar berisi hablur Kristal disyaki Dadah jenis syabu dianggarkan seberat 0.61gram yang dianggarkan bernilai RM 90.00 dijumpai dilipatan kaki seluar sebelah kiri suspek.

“Suspek yang berumur 27 tahun telah ditahan untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat dibawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952”.

“Turut dirampas sebuah motorsikal yang digunakan oleh suspek dalam kegiatan tersebut, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 4,090.00,”.

“Suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat polis daerah Tawau untuk tindakan lanjut”, katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Fuad merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi keselamatan yang terlibat dalam membantu menjayakan pelaksanaan Road Check Point (RCP) ESSCOM di daerah ini, terutamanya kepada semua petugas yang terdiri daripada anggota Batalion 14, PGA yang dibantu oleh pelbagai agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kastam dan Eksesais Diraja Malaysia (JKDM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Beliau berkata kejayaan ini merupakan hasil usaha dan kerjasama semua pihak yang terlibat terutamanya dalam menggagalkan taktik penyeludup dadah di daerah ini.

Menurutnya lagi, ESSCOM dengan kerjasama semua agensi keselamatan di ESSZONE yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan terus memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan perairan dan daratan di seluruh ESSZONE dengan mengadakan rondaan dan pemantauan secara agresif melalui pelaksanaan OP Cegah Pati (OCP) dan Road Check point (RCP) di lokasi-lokasi hotspot dengan menggunakan dan mengadaptasikan konsep “show of presence” bagi mengawal dan mengekang kemasukan PATI terutamanya daripada negara jiran dalam usaha kita untuk memutuskan rangkaian COVID-19 daripada di bawa masuk ke negara ini melalui PATI.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles