Program Outreach UMS bantu Sabah capai 80 peratus imuniti kelompok

KOTA KINABALU: Program Outreach terus dipergiatkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi membantu Kerajaan Sabah mencapai 80 peratus imuniti kelompok menjelang penghujung Disember 2021.

Advertisements

Terbaru, UMS bersama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengadakan pemberian vaksinasi di Penjara Pusat Kota Kinabalu.

Menurut Pengarah Hospital UMS (HUMS), Prof. Dr. Helen Benedict Lasimbang, seramai 12 petugas telah dihantar diketuai Pegawai Perubatan HUMS, Dr. Mohammad Hazamyn Hazrul Hamzah bagi menjayakan misi tersebut.

“Program Outreach selama lima hari ini bagi memberikan vaksinasi jenis CanSino kepada 2,118 banduan.

“Selain Penjara Pusat Kota Kinabalu, program vaksinasi ini juga diadakan di Penjara Wanita Kota Kinabalu pada Isnin (13 September 2021), Lokap Kota Kinabalu (14 September 2021) dan Pusat Tahanan Sementara (15 – 17 September 2021),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Helen juga memaklumkan, sebuah lagi pasukan UMS diketuai Pegawai Perubatan HUMS Dr. Rishaini Elengovan memberikan vaksinasi kepada penduduk Kampung Sepakat Jaya, Sepanggar hari ini (14 September 2021).

Katanya, pemberian vaksinasi itu melibatkan kira-kira 200 penduduk.

“Bagi pihak UMS, kita akan sentiasa komited untuk membantu dalam usaha kerajaan negeri menjayakan misi pemberian vaksinasi ini.

“Program Outreach yang melibatkan pelbagai tempat menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri untuk memastikan usaha mencapai sasaran imuniti kelompok tercapai,” tambahnya.

Untuk rekod, UMS sebelum ini turut menjayakan pemberian vaksinasi kepada penduduk sekitar Kota Kinabalu yang terlibat dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Related Articles

253FansLike

Latest Articles