PBS Tuaran gabungan empat Bahagian mulakan persediaan hadapi PRU-15

TAMPARULI: Parti Bersatu Sabah (PBS) Tuaran telah memulakan persediaan bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU-15), dengan mengadakan mesyuarat gabungan hari ini.

Mereka terdiri daripada empat Bahagian iaitu Tamparuli, Kiulu, Sulaman dan Dalit, PBS Tuaran.

Walau bagaimanapun, kehadiran terpaksa dihadkan bagi memenuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, dan hanya membabitkan pemimpin tertinggi di Bahagian masing-masing.

Mesyuarat yang diadakan di Pejabat PBS Bahagian N15 Kiulu itu dipengerusikan Timbalan Presiden, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) N14 Tamparuli, Datuk Jahid Jahim.

Menurut Jahid, mesyuarat itu adalah bagi menyusun rundingan bagi membina struktur di peringkat Parlimen Tuaran.

“Ini termasuk penubuhan jawatankuasa yang akan berbincang mengenai persiapan pilihan raya Parlimen nanti,” katanya.

Hadir sama ialah Setiausaha Agung PBS, yang juga Adun Kiulu, Joniston Bangkuai, Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar, dan beberapa pemimpin tertinggi di peringkat pusat dan keempat-empat Bahagian parti tersebut.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles