Pengguna Sabah ucap terima kasih kepada KJ

KOTA KINABALU: Pengerusi Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah, David Chan (gambar) berkata rata-rata pengguna yang sedang dan dalam proses untuk melengkapkan dos vaksinasi COVID19 amat berterima kasih dengan segala usaha daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, terutama dengan pengumuman pertambahan bantuan untuk negeri Sabah yang dibuat oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar baru-baru ini.

Advertisements

“Isnin lalu, semasa lawatan kerja KJ ke Sabah, banyak pengumuman yang menggembirakan rakyat Sabah diberitahu oleh beliau terutama dari segi vaksinasi dan keperluan untuk menangani pandemik COVID19 di Sabah secara keseluruhanya.

“Ini termasuk usaha ‘mobile outreach’ yang akan dijalankan untuk mempercepatkan lagi proses pemberian vaksinasi kepada penduduk seluruh negeri Sabah,” katanya.

David berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Tambah David lagi, usaha berterusan kerajaan dalam memastikan semua penduduk tanpa mengira status warganegara atau tidak untuk mendapatkan dos vaksin COVID19 lengkap adalah satu usaha berterusan yang wajar diberi kerjasama dan disokong.

“Tidak wajar jika ada pihak khasnya mereka yang anti vaksin, menyebarkan informasi tidah sahih tentang vaksin, menuduh kerajaan menjadikan rakyat sebagai bahan ujikaji dan banyak lagi yang kita boleh lihat di media sosial dan ini semua adalah suatu yang tidak bermoral untuk dilakukan kerana kita semua sedia maklum, usaha kerajaan sejak awal membendung COVID19 di negara kita.

“Kita juga amat bersyukur kerana Menteri Kesihatan kita, saudara KJ turut memberitahu bahawa vaksin jenis CanSino yang merupakan vaksin dos tunggal akan diberikan kepada Sabah sebagai keutamaan dengan jumlah 300,000 dos dalam masa terdekat.

“Usaha ini pasti akan mempermudahkan pergerakan sukarelawan dan petugas yang bertanggungjawab untuk memberikan suntuikan vaksin kepada semua penduduk khasnya bagi mereka yang berada di kawasan dan agak terpencil,” tambah David lagi.

David turut menyeru agar semua pihak untuk tampil mendapatkan suntikan vaksinasi COVID19 kerana pada masa kini sudah banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dibuka untuk walk-in.

“Ambil peluang yang diberikan ini, hadir ke PPV jika temujanji melalui aplikasi MySejahtera masih belum memberikan tarikh bagi anda menerima suntikan vaksin COVID19.

“Kita mahu menjalani kehidupan kita seperti sedia kala, sebelum ini, dan untuk tujuan itu, kita mesti mendapatkan vaksin COVID19, membentuk perlindungan imuniti berkelompok, lindung diri kita, orang sekeliling kita dan negara kita, sekaligus membentuk persekitaran yang sihat,”ujar David lagi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles