Bung Agihkan Test Kit RTK Untuk Kegunaan Pekerja Dibawah KKRS

Oleh: Jaafar Abdul Wahid

KOTA KINABALU: Bagi mempastikan kesihatan serta keselamatan kakitangan dibawah Kementerian Kerja Raya (KKRS) bebas dari jangkitan Virus COVID-19 semasa menjalankan tugas, Timbalan Ketua Menteri Dato’Sri Bung Moktar Radin bermurah hati menyampaikan sumbangan “Test Kit” RTK kepada jabatan dan agensi dibawah kementerian tersebut.

Menurut Bung yang juga Menteri Kerja Raya sumbangan tersebut bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada kaki tangan jabatan terlibat untuk membuat ujian saringan sendiri dari jangkitan virus COVID-19 sebelum mereka memasuki dan memulakan tugas di pejabat

“ Sumbangan ini untuk memberikan kemudahan kepada kakitangan membuat ujian saringan sendiri sekurang-kurangnya seminggu sekali bagi memastikan mereka sehat dan bebas dari jangkitan virus Covid-19 sebelum mereka hadir dan menjalankan tugas di pejabat” katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian sumbang tersebut di pejabat beliau kemarin.

Hadir sama Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury ,Setiausaha Tetap KKRS Mohd Jasmin Juplin dan ketua ketua jabatan dibawah KKRS.

Bung menambah melalui ujian saringan yang dilakukan sendiri oleh kaki tangan yang terlibat turut memberikan keyakinan mereka bebas dari jangkitan Virus COVID-19 untuk melaksanakan tugas disamping dapat meningkatkan kehadiran kakitangan ke pejabat untuk bertugas semasa penularan pandemik Covid-19 ini.

“Jika sebelum ini kita menggalakkan kakitangan dalam 30 peratus hadir ke pejabat berkerja secara bergilir-gilir, mungkin selepas melakukan ujian sediri , jumlah kehadiran kaki tangan dapat kita tingkatkan bagi menggalakan Produktiviti tugas-tugas seharian di pejabat, ” tambah Bung.

Ketika ditanya mengenai kadar pemberian Vaksin COVID-19 di negeri ini yang masih rendah berbanding di lain-lain negeri ,Bung yang juga Ahli Parlimen yakin menjelang akhir bulan september ini kadar pemberian vaksinasi di negeri ini akan mencapai lebih dari sasaran 60 peratus.

Menurut Bung keyakinan ini berdasarkan kesungguhan kerajaan Pusat khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia yang memberikan tumpuan khusus bagi membantu Sabah mengakang penularan pandemik COVID-19 di negeri ini yang semakin meningkat selain bantuan untuk menambahkan kemudahan kesihatan di beberapa buah hospital di negeri ini.

Menteri Kesihatan Khaiiry Jamaluddin semasa sidang media ketika lawatannya ke Sabah pada Rabu ,telah mengumumkan penghantaran 2.8 juta dos vaksin pada bulan ini ke Sabah bagi membantu kerajaan negeri meningkatkan kadar vaksinasi harian.
Selain itu Khairy turut memaklumkan penghantaran peralatan perubatan tambahan ke Sabah antaranya adalah 480 unit silinder oksigen, 24 buah kotak ‘oxygen regulator, lima buah kotak ubat-ubatan COVID-19 dan penghantaran peralatan perubatan tambahan ini dijangka tiba pada 7 September ini.
Bung juga turut bersetuju agar keaedah pemberian vaksin secara memperbanyakkan ‘mobile outreach program’ perlu diperbanyakan di negeri ini berdasarkan faktor geografi dimana kebanyakan penduduk khususnya di luar bandar dan pedalaman negeri ini sukar keluar untuk kePusat Pemberian Vaksin (PPV) disebabkan faktor perhubungan

Related Articles

253FansLike

Latest Articles