Kajian‭ ‬ ‭ ‬Tindakan‭ ‬ ‭ ‬impak‭ ‬ ‭ ‬yang‭ ‬ ‭ ‬besar terhadap proses pembelajaran murid

Oleh Azri Onn Othman

Advertisements

LABUAN:‭ ‬ ‭ ‬Hasil‭ ‬ ‭ ‬daripada‭ ‬ ‭ ‬pembentangan kajian‭ ‬ ‭ ‬tindakan‭ ‬ ‭ ‬diharap‭ ‬‬dapat‭ ‬‬digunapakai oleh guru-guru untuk mengenal pasti kelemahan pengajaran dan pembelajaran.

Guru‭ ‬ ‭ ‬Besar‭ ‬ ‭ ‬Sekolah‭ ‬ ‭ ‬Kebangsaan‭ ‬ ‭ ‬Lubok Temiang‭ ‬ ‭ ‬(SKLT),‭ ‬ ‭ ‬Wilayah‭ ‬ ‭ ‬Persekutuan Labuan,‭ ‬ Haji Adam Abd Rahim ‭ ‬(gambar) berkata Kajian Tindakan juga‭ ‬ ‭ ‬digunakan untuk‭ ‬ ‭ ‬meningkatkan‭ ‬ ‭ ‬prestasi‭ ‬ ‭ ‬kerja, berkongsi‭ ‬ ‭ ‬pengetahuan,‭ ‬ ‭ ‬kemahiran‭ ‬ ‭ ‬dan
pengalaman dengan rakan sekerja.

Katanya, kajian tindakan yang dihasilkan
oleh‭ ‬ ‭ ‬guru‭ ‬ ‭ ‬akan‭ ‬ ‭ ‬memberikan‭ ‬ ‭ manfaat bukan‭ ‬ ‭ ‬sahaja‭ ‬ ‭ ‬kepada‭ ‬ ‭ ‬mereka‭ ‬‬tetapi‭ ‬ ‭ ‬juga memberi‭ ‬ ‭ ‬impak‭ ‬ ‭ ‬yang‭ ‬ ‭ ‬besar‭ ‬ ‭ ‬terhadap proses‭ ‬ ‭ ‬pembelajaran‭ ‬ ‭ ‬murid‭ ‬ ‭ ‬khususnyadalam‭ ‬ ‭ ‬usaha‭ ‬ ‭ ‬mentransformasikan‭ ‬ ‭ ‬sistem
pendidikan negara.

“Keberhasilan‭ ‬ ‭ ‬sesuatu‭ ‬ ‭ ‬program‭ ‬ ‭ ‬atau
kejayaan sesuatu perancangan itu mesti berpandukan‭ ‬ ‭ ‬ ‭ ‬dan‭ ‬ ‭ ‬berpaksikan‭ ‬ ‭kepada guru-guru,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluan‭ ‬ ‭ ‬Program‭ ‬ ‭ ‬MAHAKARYA2021–
Kolokium‭ ‬ ‭ ‬Mini‭ ‬ ‭ ‬Kajian‭ ‬ ‭ ‬Tindakan‭ ‬ ‭ ‬Sekolah Kebangsaan‭ ‬ ‭ ‬Lubok‭ ‬ ‭ ‬Temiang‭ ‬ ‭ ‬peringkat Wilayah‭ ‬ ‭ ‬Persekutuan‭ ‬ ‭ ‬Labuan,‭ ‬ ‭ ‬baru-baru ini.

MAHAKARYA2021‭ ‬ ‭ ‬yang‭ ‬ ‭ ‬bertemakan
‘Evolusi Infiniti Melalui Kajian Tindakan’ menyaksikan 9 pembentang kajian dari SK Lubok‭ ‬ ‭ ‬Temiang‭ ‬ ‭ ‬dan‭ ‬ ‭ ‬8‭ ‬ ‭ ‬pembentangan jemputan.

Sementara‭ ‬ ‭ ‬itu,‭ ‬ ‭ ‬Cikgu‭ ‬ Razidah‭ ‬ ‭ ‬Abdul Ghaffar‭ ‬ ‭ ‬memenangi‭ ‬ ‭ ‬tiga‭ ‬ ‭ ‬anugerah‭ ‬ ‭ ‬iaitu Kajian‭ ‬ ‭ ‬Terbaik,‭ ‬ ‭ ‬Slaid‭ ‬ ‭ ‬Terbaik‭ ‬ ‭ ‬dan Anugerah Emas.

Pembentang‭ ‬ ‭ ‬Terbaik‭ ‬ ‭ ‬pula‭ ‬ ‭ ‬diberikan
kepada Cikgu Norhasiken Mohd Dahli di
samping Anugerah Emas.

Manakala‭ ‬ ‭ ‬Cikgu‭ ‬ ‭ ‬Midzmar‭ ‬ ‭ ‬Harun
membawa‭ ‬ ‭ ‬pulang‭ ‬ ‭ ‬Anugerah‭ ‬ ‭ ‬Khas‭ ‬ ‭ ‬Juri selain Anugerah Emas.

Lima‭ ‬ ‭ ‬orang‭ ‬ ‭ ‬guru‭ ‬ ‭ ‬mendapat‭ ‬ ‭ ‬Anugerah Perak iaitu Cikgu Juanawati Omar Junit, cikgu‭ ‬ ‭ ‬Zunikah‭ ‬ ‭ ‬Amboh‭ ‬ ‭ ‬Turuh,‭ ‬ ‭ ‬Cikgu Junainah Haji Yahya, Cikgu Mohd Nasrun Ramlee dan Cikgu Kasmah Mohd Ali.

Pembentangan Kajian Tindakan itu diadili
Presiden‭ ‬ ‭ ‬LARIS‭ ‬ ‭ ‬Labuan,‭ ‬ ‭ ‬Dr‭ ‬ ‭ ‬Hyginus Lester, ‭ ‬Pencipta‭ ‬ ‭ ‬Teknik‭ ‬ ‭ ‬Kajian‭ ‬ ‭ ‬Tindakan 12 Langkah, Suriani Alland Rice Oxley dan Pensyarah IPG Kampus Keningau, Samih Kukung.
Haji‭ ‬ ‭ ‬Abd‭ ‬ ‭ ‬Rahim‭ ‬ ‭ ‬mengucapkan‭ ‬ ‭ ‬terima kasih‭ ‬ ‭ ‬kepada‭ ‬ Guru‭ ‬ ‭ ‬Besar‭ ‬ ‭ ‬SK.‭ ‬ ‭ ‬Layang-layang Kiri, Parit Perak, Guru Besar SJK(T) Tun Fatimah, Skudai, Johor, SK. TunAbdul Razak, Kuala Kubu Bharu, Selangor dan‭ ‬ ‭ ‬dua‭ ‬ ‭ ‬sekolah‭ ‬ ‭ ‬dari‭ ‬ ‭ ‬WP‭ ‬ ‭ ‬Labuan,‭ ‬ ‭ ‬SK. Sungai Bedaun dan SK. Pantai yang turut
menjayakan program dua hari itu.

Beliau‭ ‬ ‭ ‬tidak ‭ ‬lupa ‭ ‬mengucapkan‭ ‬ ‭ ‬terima kasih dan penghargaan kepada Penyelaras MAHAKARYA2021,‭ ‬ ‭ ‬Cikgu ‭ ‬Hasnan ‭ ‬Md Saad‭ ‬ dan ‭ ‬AJK ‭ ‬Pelaksana‭ ‬ ‭ ‬kerana‭ ‬ ‭ ‬telah bertungkus-lumus‭ ‬ ‭ ‬melaksanakan‭ ‬ ‭ ‬dengan sempurna‭ ‬ ‭ ‬program‭ ‬ ‭ ‬yang‭ ‬ ‭ ‬julung-julung kalinya diadakan di SK Lubok Temiang.

Majlis‭ ‬ ‭ ‬penutupan‭ ‬ ‭ ‬disempurnakan‭ ‬ ‭ ‬oleh Pengarah Pendidikan Labuan, Yusup Haji Mohamad.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles