Pejuang Sasar Tanding 120 Kerusi Parlimen dalam PRU-15

KOTA KINABALU: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dijangka meletakkan calon di 120 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Tanpa memberi butiran lanjut, pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata parti itu menyasarkan untuk bertanding kerusi Parlimen sebanyak itu dalam PRU-15 akan datang.
“Tapi kita harap orang bukan Melayu pun akan sokong. Dulu pun dalam UMNO, saya dapat banyak sokongan daripada orang Cina, India,” katanya memetik laporan The Malaysian Insight hari ini.
Selain Dr. Mahathir, Pejuang kini mempunyai tiga bekas anggota Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Shahruddin Md. Salleh.
Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak menyatakan dengan jelas sama ada Pejuang akan bertanding di Sabah atau sebaliknya.

Advertisements

Related Articles

253FansLike

Latest Articles