Inisiatif Mositun Tangani Masalah Takungan Air Perumahan Kampung Sulim/Labak Buahkan Hasil

PAPAR: Masalah takungan air akibat kerosakan culvert yang menyaksikan beberapa rumah penduduk Kampung Sulim/Labak, Kinarut dinaiki air kini sudah diatasi.

Advertisements

Ini adalah hasil inisiatif Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Limbahau, Datuk Johnny Mositun yang berjaya mengatur strategi untuk menangani permasalahan rakyat itu.

Minggu lepas, selepas dimaklumkan oleh penduduk Kampung Sulim/Labak, Mositun segeravturun padang bagi meninjau dan melihat sendiri aduan penduduk kampung itu.

Mositun kemudian meminta kebenaran Jabatan Kerja Raya bagi membolehkan pengorekan jalan dan pemasangan culvert oleh pemilik kuari dapat dilakukan.

Dalam hantaran terbaharu di Facebook, beliau berkata kerja pengorekan itu wajar dilakukan kerana “kampung mengeluh rumah mereka dan kebun sayur ditengelami air akibat Culvert jalan utama pecah dan tersumbat”.

“Syukur dengan Kerjasama Pejabat UPPM dan JPKK Sulim/Labak, kerja-kerja dimulakan pada jam 12.30 tengah hari (Isnin) dan selesai pada jam 6.40 Petang,” katanya.

Mositun turut berada di kampung tersebut bagi meninjau kerja pengorekan sehingga ia siap.

Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada penduduk kampung yang tabah dan menegaskan bahawa beliau “faham perasaan penduduk dalam menghadapi bencana luar jangka”.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles