Pelantikan Ismail Sabri Sebagai PM Buka Lembaran Baharu

KOTA KINABALU: Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub sebagai Perdana Menteri diyakini dapat membuka lembaran baharu kepada negara terutama dalam menangani isu-isu yang berkaitan dengan kesihatan dan ekonomi.

Advertisements

Keyakinan itu disuarakan oleh Pensyarah Program Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Lee Kuok Tiung.

Menurutnya, Perdana Menteri yang baharu adalah seorang pemimpin yang berpengalanan dan berkemampuan untuk mengemudi jentera kerajaan bagi menangani pandemik Covid-19 dan merealisasikan misi pelan pemulihan negara yang diperkenalkan sebelum ini.

Bercakap kepada pemberita, Dr Lee berpendapat sudah tiba masa para pemimpin politik termasuk pembangkang mengetepikan sengketa dan sebaliknya berganding bahu untuk memerangi ancaman Covid-19 dan memulihkan ekonomi.

Sambil mengucapkan tahniah atas pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, beliau berkata polemik atau pergolakan politik tidak akan berakhir dengan pelantikan Perdana Menteri yang baharu.

Dr Lee percaya Ismail Sabri bakal menjadi sasaran buli siber selepas ini seperti mana yang berlaku kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Rakyat sudah muak dengan pergolakan politik yang berlaku selama ini…rakyat mahu melihat pembaharuan dan kerajaan yang stabil,” katanya.

Dr Lee berkata tumpuan sekarang ialah menurunkan kes harian Covid-19 dan memulihkan ekonomi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles