ESSCOM Bersama PDRM Tembak Mati Dua Lelaki Disyaki Anggota Abu Sayyaf

SANDAKAN – Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dengan kerjasama Polis Sabah menembak mati dua lelaki disyaki ahli kumpulan pengganas Abu Sayyaf (ASG) dalam kejadian berbalas tembakan di Pulau Timbang, Sandakan, awal pagi tadi.

Advertisements

Dalam kejadian 5 pagi itu, kedua-dua lelaki berkenaan ditembak mati dalam satu operasi khas dalam usaha untuk menjejaki dan menangkap kumpulan berkenaan.

Pasukan keselamatan yang diterajui oleh ESSCOM itu turut merampas senjata api yang digunakan oleh kedua-dua suspek di lokasi kejadian.

Sebelum ini, dua individu dalam senarai dikehendaki (wanted list) ESSCOM antara lapan individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kumpulan militan Abu Sayyaf dalam satu serbuan di kawasan paya bakau, berhampiran Taman Sri Arjuna, Beaufort, pada 08 Mei lalu.

Susulan daripada itu, siasatan terus giat dijalankan oleh ESSCOM dengan kerjasama polis sebelum lima lagi ahli kumpulan pengganas terbabit berjaya ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan di lokasi sama pada 17 Mei lalu.

Hasil daripada maklumat itu, pasukan keselamatan menjalankan beberapa operasi bagi mengesan dan menjejaki beberapa lagi ahli kumpulan berkenaan.

Pegawai dan anggota keselamatan akhirnya berjaya mengesan dua lagi ahli kumpulan Abu Sayyaf di Pulau Timbang, Sandakan dan berlaku berbalas tembakan hingga kedua-dua lelaki itu maut di lokasi kejadian.

Semua pegawai dan anggota keselamatan yang menjalankan operasi berkenaan berada dalam keadaan selamat.

Satu sidang media khas mengenai insiden berbalas tembakan berkenaan akan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan, jam 11.30 pagi.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles