Istana Arah Semua MP Calonkan PM Sebelum 4 Petang Rabu

KOTA KINABALU: Istana Negara mengarahkan semua anggota Dewan Rakyat supaya membuat akuan dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai perdana menteri seterusnya.

Advertisements

PORTAL Malaysiakini melaporkan ahli-ahli Parlimen diberi masa sehingga jam empat petang Rabu untuk mengemukakan akuan secara bertulis dan ia wajib disahkan sebagai benar.

Perkara tersebut dinyatakan melalui surat Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun kepada semua anggota parlimen pagi ini, atas titah Yang di-Pertuan Agong.

Azhar dalam notis itu berkata walaupun surat akuan tersebut tidak mempunyai format yang tertentu, namun ia perlu mempunyai butiran-butiran berikut:
* Identifikasi anggota parlimen secukupnya.
* Identifikasi yang secukupnya seorang sahaja ahli Dewan Rakyat yang yang diberikan kepercayaan, penyataan kepercayaan yang terang, jelas dan tanpa syarat.
* Tandatangan.
* Tandatangan atau cop rasmi saksi (sama ada seorang peguam bela atau peguam cara, pesuruhjaya sumpah, notari awam atau jawatan yang setanding bagi yang berhormat yang berada di luar negara) dan tarikh surat akuan.
“Serahan tangan adalah tidak dibenarkan memandangkan Istana Negara masih berada di dalam kawasan Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 dan juga untuk mengelakkan penularan Covid-19 di Istana Negara,” katanya.
Tegas Azhar, perlu dijelaskan mana-mana surat yang tidak mematuhi perkara-perkara di atas ataupun yang diterima lewat tidak akan diambil kira.
“Ahli-ahli parlimen diingatkan supaya menjaga kerahsiaan surat akuan tersebut sehingga Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan mengenai perkara ini,” katanya dalam notis pemberitahuan itu.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles