Muhyiddin Dijangka Letak Jawatan Esok ?

KUALA LUMPUR, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong esok.

Advertisements

Portal Berita Malaysiakini melaporkan bahawa Muhyiddin memaklumkan keputusannya itu semasa pertemuan peringkat tinggi dengan pemimpin Bersatu pagi ini

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof memberitahu portal berita itu bahawa Muhyiddin memaklumkan ahli parlimen bahawa dia telah berusaha habis-habisan untuk mengekalkan pentadbirannya dan mengundurkan diri adalah jalan terakhir.

“Kami baru sahaja selesai mesyuarat. Esok (Isnin) akan diadakan mesyuarat khas Kabinet. Selepas itu, dia akan menuju ke Istana Negara,” kata Redzuan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles