Persatuan Pengguna Bijak sokong pelaksanaan SOP dine-in

Persatuan Pengguna Bijak sokong pelaksanaan SOP dine-in

Advertisements

KOTA KINABALU: Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah menyambut baik keputusan kerajaan negeri yang membenarkan dine-in serta membeli barang keperluan.

Presidennya, David Chan (gambar) berkata,  pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) itu amat wajar bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di Sabah ini.

Menurut beliau, dalam keadaan Sabah yang masih tinggi jumlah jangkitan harian, sewajarnya SOP yang hanya membenarkan pelanggan dengan dua dos vaksin untuk dine-in perlu dipatuhi.

“Kita menyokong penuh kenyataan Datuk Seri Masidi Manjun mengenai pematuhan SOP itu kerana sehingga semalam terdapat peningkatan kes Covid-19 dengan 1,650 kes manakala di Kota Kinabalu sendiri mencatatkan 351 kes.

“Begitu juga dengan kebenaran masuk membeli-belah di pasar raya atau kedai serbaneka seharusnya ada pematuhan serupa bagi mengekang wabak daripada terus merebak dan meningkat,” katanya.

Beliau turut menyeru rakyat Sabah supaya segera mendapatkan vaksin termasuk mengambil peluang daripada kemudahan walk-in yang dilaksanakan oleh kerajaan.

“Lagi cepat kita semua mendapat vaksin penuh, saya yakin lagi cepat kita boleh turunkan jumlah jangkitan dan kes-kes yang memerlukan rawatan di hospital.

“Oleh itu, marilah kita semua menyahut seruan kerajaan untuk mendapatkan suntikan vaksin termasuk mengambil vaksin tersedia di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SICC Kota Kinabalu,” ujar beliau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles