Upko, Warisan, PSB, Parti Muda Tolak Tawaran Politik

1. Kami sekeras-kerasnya menolak tawaran politik yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pengumuman Khas sebentar tadi.
2. Sejak dari tahun lepas lagi, parti-parti Pembangkang telah membuat cadangan untuk menstabilkan kerajaan melalui Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (‘Confidence and Supply Agreement’). Walaupun Tan Sri Muhyiddin Yasin menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan melalui pintu belakang, kami bersedia untuk bertolak ansur demi kemaslahatan dan kebajikan rakyat. Namun Tan Sri dengan sombong telah menolak segala tawaran Pembangkang.
3. Sejak dari hari pertama Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri, beliau telah dengan sewenang-wenangnya menyalahgunakan undang-undang demi kuasa.
4. Keangkuhan Tan Sri Muhyiddin untuk kekal berkuasa dengan cara membeli Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri telah mengakibatkan kejatuhan Kerajaan Negeri Sabah, Kerajaan Negeri Kedah, Kerajaan Negeri Perak dan Kerajaan Negeri Johor.
5. Kami cukup jelik dengan hipokrisi yang ditunjukkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pengumuman Khas sebentar tadi terutama sekali apabila beliau cuba untuk membeli sokongan menerusi reformasi Akta Lompat Parti sedangkan kerajaan beliau telah dibentuk dengan Ahli-Ahli Parlimen yang melompat parti setelah menerima tawaran dan sogokan.
1|Halaman
6. Kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa bukan tanggungjawab Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memastikan kewujudan sokongan majoriti pada mana- mana Ahli Parlimen sebelum meletakkan jawatan.
7. Kami mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk meletakkan jawatan dengan cara terhormat dan benarkan proses demokrasi berjalan semula.
8. Segala cadangan reformasi yang kononnya dibentangkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh diangkat dan dibawa ke Parlimen oleh Perdana Menteri baru yang mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat dan BUKAN daripada Perdana Menteri pintu belakang.
9. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin perlu letak jawatan dengan kadar segera.
Syed Saddiq
Syed Abdul Rahman PRESIDEN
MUDA
DS Mohd Shafie Bin Apdal PRESIDEN WARISAN
DS Wilfred Madius Tangau PRESIDEN UPKO
Baru Bian Parti Sarawak Bersatu
PSB
Ahli Parlimen Warisan
1. Yb Datuk Ignatius Darell Leiking (Penampang)
2. Yb Datuk Mohamaddin Bin Ketapi (Lahad Datu)
3. Yb Datuk Mohd Azis Bin Jamman (Sepanggar)
4. Yb Puan Isnaraissah Munirah Bt Majilis @ Fakharudy (Kota Belud)
5. Yb Tuan Ma’mun Bin Sulaiman (Kalabakan)
6. Yb Tuan Haji Ahmad Bin Hassan (Papar)
7. Yb Datuk Rozman Bin Isli (Labuan)
Ahli Parlimen Parti Sarawak BERSATU
1. Yb Dato’ Masir Kujat (Sri Aman)

Related Articles

253FansLike

Latest Articles