Kes Covid-19 di Sabah melambung ke angka 2,052

KOTA KINABALU: Penularan wabak virus Covid -19 di dua tempat kerja mengakibatkan jumlah kes harian di Sabah melambung tinggi ke angka 2,052.

Advertisements

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata jangkitan virus Covid-19 di sebuah pelantar minyak (offshore) yang melibatkan 209 pekerja, dan ditambah pula dengan 109 pekerja tapak binaan Hyatt Centric (berhadapan Suria Sabah, yang terdiri daripada warga Filipina, Cina dan Malaysia menjadikan jumlah yang amat tinggi bagi daerah Kota Kinabalu dalam sehari iaitu 635 kes.

“Berapa daerah lain juga mengalami penambahan kes baharu yang tinggi, Tuaran 126 (83), Tawau 178 (137), Beaufort 86 (40), Kota Belud 84 (49), Lahad Datu 50 (23), Ranau 44 (14), Telupid 77 (23), Sipitang 46 (29) dan Tongod 21 (9). Angka dalam kurungan adalah jumlah kes kelmarin,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Beliau berkata daripada 2052 kes baharu, 914 (44.5%) melibatkan kontak rapat, 440 (21.4%) adalah kes melalui saringan bergejala, 91 daripada kluster sedia ada dan 71 melalui saringan bersasar manakala 14.4% (296) adalah daripada kategori lain.

Masidi berkata 720 orang (35%) yang positif adalah daripada kategori 1, 914 orang (44.5%) adalah pesakit dalam kategori 2, 22 orang kategori 3, 6 orang dalam kategori 4 dan dua orang dalam kategori 5. 388 orang lagi masih dalam siasatan

Related Articles

253FansLike

Latest Articles