Kes Covid-19 Di Sabah Makin ‘Mengganas’, Naik Lagi Ke angka 1,514

Gambar Hiasan

KOTA KINABALU: Seperti yang dijangka kes harian Covid-19 bagi negeri Sabah terus naik hari ini ke angka 1,514, kes yang tertinggi setakat ini.

Advertisements

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata penambahan 131 kes baharu berbanding 1,383 semalam banyak dipengaruhi oleh kenaikan mendadak di daerah Penampang daripada 80 kes pada Selasa kepada 228 (+148) kes hari ini.

Katanya 60.5 peratus kes di Penampang adalah kontak rapat dan 33.3% adalah melalui saringan bergejala.

“Keningau menambah 61 kes baharu hari ini, Papar menambah 53 kes & Beluran menambah 46 kes berbanding jumlah kelmarin.


“Kes baharu di Kota Kinabalu pula turun sebanyak 63 kes hari ini tetapi masih mencatatkan kes yang tertinggi di Sabah dengan 263 kes.

“60.5 peratus kes di Kota Kinabalu disumbang oleh kontak rapat & 26.3% melalui saringan bergejala,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Masidi berkata secara keseluruhan 925 (61%) kes hari ini melibatkan kontak rapat, 331 (21.8%) adalah melalui saringan bergejala dan 118 (7.8%) daripada kluster-kluster yang sedia ada.

“Seramai 1005 daripada 1514 kes hari ini adalah daripada kategori 1 dan 2, 13 orang dpd kategori 3, dan masing-masing 3 orang dalam kategori 4 dan 5. Selebihnya masih dalam siasatan JKNS untuk menentu pengkategorian,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles