BERNAS Bangunkan Empat Lokasi SMART SBB

KOTA KINABALU: Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) menerusi program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) terus komited dalam merangka hala tuju strategik bagi memperkasakan industri padi dan beras negara. Program ini juga seiring dengan matlamat kerajaan dalam meningkatkan kadar Tahap Sara Diri (SSL) beras negara iaitu sebanyak 75 peratus.

Advertisements

Bermula dengan Memorandum Persefahaman (MoU) antara BERNAS dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) pada awal tahun, SMART SBB adalah salah satu inisiatif MAFI bagi menyatukan tanah sawah untuk membentuk satu sistem pengurusan ladang berpusat. Sistem berpusat ini dilihat dapat mengoptimumkan penggunaan sumber sedia ada serta meningkatkan kecekapan aktiviti penanaman dan pengeluaran hasil padi negara.

Bernas bersama dengan wakil setiap agensi bagi program SMART SBB di Kota Belud.
Bernas bersama dengan wakil setiap agensi bagi program SMART SBB di Kota Belud.

Sebagai syarikat yang berpengalaman luas dan mempunyai rangkaian kukuh di dalam industri, BERNAS menyasarkan kawasan-kawasan yang mempunyai produktiviti rendah dengan mengunjurkan lonjakan hasil antara 40 hingga 60 peratus semusim. Empat kawasan sawah yang berpotensi telah dikenalpasti, iaitu Kampung Kulambai, Kota Belud di Sabah; Batang Lupar, Sarawak; Sungai Batu Pahat, Perlis dan Setiu Terengganu.

SMART SBB ini merupakan program kolaborasi di antara BERNAS dan agensi lain seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Pertanian Negeri Sabah, Pertubuhan Peladang Kawasan, IADA dan lain-lain. Di samping itu, BERNAS juga turut melaksanakan SMART SBB bersama Pengilang Bumiputera; sebagai contoh program di antara BERNAS dan Kilang Beras Dibuk di Perlis.

Ketika ini kerja-kerja pemulihan infrastruktur dan tanah serta penanaman padi sedang giat dilakukan kawasan-kawasan yang dikenalpasti. Semestinya cabaran ini memerlukan ketelitian yang menyeluruh, sebagai contoh dalam membangunkan tanah sawah yang sudah lebih 10 tahun terbiar seperti di Kampung Kulambai Kota Belud, Sabah.

Ketika ini kerja-kerja pemulihan infrastruktur dan tanah serta penanaman padi sedang giat dilakukan. Semestinya cabaran ini memerlukan ketelitian yang menyeluruh, sebagai contoh dalam membangunkan tanah sawah yang sudah lebih 10 tahun terbiar seperti di Kampung Kulambai Kota Belud, Sabah dan kawasan luar jelapang seperti Sungai Batu Pahat di Perlis.

BERNAS bekerjasama dengan hampir 200 pesawah, di mana mereka turut didedahkan dengan teknik serta amalan pertanian baik bagi menguruskan sawah berskala besar.

Penggunaan mekanisasi dan teknologi terkini atau Internet of Things (IoT) yang dilihat dapat memudahkan kerja-kerja ladang akan turut diperkenalkan kepada warga tani bagi mewujudkan sistem pertanian yang lebih terancang.

Ini sekaligus dapat menjimatkan kos penanaman secara menyeluruh, selain membantu pesawah memperolehi hasil tuaian yang baik.

Penglibatan pesawah yang merupakan elemen terpenting dalam program ini turut menunjukkan angka yang memberangsangkan. Mereka amat komited serta berdisiplin dalam mengikuti Jadual Kerja Ladang yang telah ditetapkan bagi mendapatkan kadar hasil dan mutu padi yang lebih berkualiti.

Sebagai salah sebuah syarikat peneraju SMART SBB, BERNAS akan sentiasa memberi sokongan terhadap pesawah melalui pelbagai platform perkongsian ilmu pengetahuan bagi memacu kejayaan mereka. Selain itu, BERNAS juga turut merancang untuk memperluaskan lagi program SMART SBB ini kepada varieti padi yang lain seperti beras wangi pada masa akan datang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles