Kes Covid-19 Melonjak, Percepatkan Proses Vaksinasi di Sabah, kata Salleh

KOTA KINABALU: Peningkatan kes Covid-19 di Sabah kebelakangan ini membuktikan proses vaksinasi perlu dipercepatkan, kata bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Advertisements

Beliau berkata kerajaan Persekutuan sebelum ini telah mengumumkan untuk memberi tambahan bekalan dan prioriti kepada negeri Sabah.

“Kini, kita berharap mereka kotakan janji tersebut,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebook.

Oleh itu, Salleh yang juga Adun Usukan meminta kerajaan Persekutuan supaya
memastikan bekalan tersebut sampai mengikut jadual dan dalam kuantiti yang dijanjikan.

“Jika perlu, sediakan pelan alternatif untuk mengatasi sebarang kelewatan bekalan vaksin.

“Warga Sabah sudah lama sedia untuk vaksin. Kita menunggu,” katanya.

Pada 20 Julai lepas, Salleh yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia turut membuat seruan yang sama bagi memastikan Sabah mencapai imuniti kelompok sebelum Oktober tahun ini.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles