DUN Sabah Bersidang 24 Ogos ini

 

KOTA KINABALU: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan diadakan selama tiga hari bermula 24 Ogos ini.

Advertisements

Perkara itu terkandung dalam Warta Kerajaan Sabah keluaran khas yang dimuatnaik dan boleh diakses secara maya pada 30 Julai.

Menurut muatan itu, Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin bersetuju memanggil Dewan Undangan Negeri Sabah supaya bersidang dan menetapkan 24, 25 dan 26 Ogos 2021 sebagai tarikh bagi mengadakan mesyuarat Pertama dalam penggal kedua DUN Sabah.

Mesyuarat itu akan diadakan di Dewan Mesyuarat, Aras 4, Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah.

Pelaksanaan sidang dewan itu selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam pasal (1) Artikel 21 Perkembangan Negeri Sabah.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles