Sabah hari ini catat 1,166 kes baharu Covid-19 – Masidi

KOTA KINABALU: Sabah hari ini merekodkan jumlah kes baharu Covid-19 tertinggi setakat ini iaitu 1,166.

Advertisements

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata Kota Kinabalu sahaja mencatat 234 kes baharu, diikuti Penampang 123, Tawau 106, Beaufort 84, Tuaran 83, Papar 73, Kunak 68, Sandakan 61, Keningau 59, Tenom 41, Ranau 40 dan Telupid denga 38 kes.

“Tidak ada lagi daerah yang sifar kes,” katanya dalam catatan terbaharu di media sosial.

Menurutnya terdapat satu kluster baharu di Tenom iaitu Kluster Sibulu yang melibatkan tempat kerja divsebuah syarikat hidro.

“Saringan kontak rapat terus menyumbang kes positif yg terbanyak, 674 (57.8%), saringan bergejala 171 (14.7%) & 147 (12.6%) daripada kluster-kluster yang sedia ada.

“Jumlah kontak rapat yg begitu tinggi adalah satu petunjuk bahawa begitu ramai orang sudah terdedah kepada jangkitan Covid,” katanya.

Masidi menjelaskan bahawa dalam situasi dimana virus sudah tersebar luas dalam masyarakat dan dalam kawasan yang luas, lockdown bukan lagi kaedah yg berkesan untuk membendung penularan.

“Apa yang perlu dibuat ialah mempercepatkan vaksinasi dikalangan penduduk,” kata beliau.

Katanya Sabah telah menerima bekalan vaksin yang banyak pada minggu ketiga bulan Julai yang menyaksikan dari 21 Julai hingga 31 Julai, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah berjaya memberi 374,214 dos vaksin.

“Kita berharap dapat meneruskan vaksinasi pada kadar purata 50 ribu dos sehari dalam bulan Ogos,” katanya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles