Tiga Tahanan Positif Covid-19 yang cuba melarikan diri berjaya diberkas

PENAMPANG: Polis di sini berjaya memberkas tiga daripada empat tahanan yang melarikan diri di Pusat Kuarantin Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN), Penampang awal hari ini.

Advertisements

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Ibu pejabat polis daerah Penampang berjaya menangkap ketiga-tiga tahanan yang lengkap berpakaian kemaja-T dan berseluar tersebut di Lorong Wijaya 1, Taman Wijaya, Menggatal, Kota Kinabalu pada jam 5.45 petang tadi.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata kejayaan itu adalah hasil kerjasama pasukan BSJD Penampang, pasukan daripada IPD Kota Kinabalu dan Ketua Polis Balai Manggatal.

Beliau berkata tahanan yang berjaya diberkas itu ialah Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20, dan Salman Arip, 19,l dan Arippian Abdul, 27.

Sementara itu, Mohd Haris berkata pihak polis sedang giat memburu seorang lagi tahanan yang bolos iaitu Mohd Rahman Basir berumur 24 tahun.

Beliau berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai tahanan yang masih bolos tersebut dapat menghubungi segera bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang di talian 088-723961 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles