Polis Penampang Lancar Gerakan Buru Empat Tahanan Positif Covid-19

Gambar Hiasan

PENAMPANG: Polis kini giat memburu empat tahanan termasuk tiga pendatang asing warga Filipina yang meloloskan diri ketika dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri di sini awal hari ini.

Advertisements

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata keempat-empat tahanan itu melarikan diri pada pukul 3.30 pagi.

Beliau berkata warga Filipina tersebut dikenali sebagai Mohd Rahman Basir, 24, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20, dan Salman Arip, 19, manakala seorang lagi merupakan warga tempatan, Arippian Abdul, 27.

“Tahanan terbabit dipindahkan dari lokap Balai Polis Penampang ke PKRC berkenaan secara berperingkat bermula pada 24 Julai lalu, setelah disahkan positif COVID-19,” katanya.

Berikutan itu, polis daerah Penampang menyeru orang awam yang mempunyai maklumat mengenai semua tahanan supaya menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang atau mana-mana balai polis berhampiran.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles