Jumlah Kes Baharu Covid-19 di Sabah Melonjak ke angka 1,066 – Catatan Tertinggi Tahun ini – Masidi

Masidi Manjun

KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu Covid-19 bagi negeri Sabah hari ini melonjak naik ke angka 1,066 kes, catatan tertinggi tahun ini.

Advertisements

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata sarıngan kontak rapat merupakan penyumbang paling tinggi iaitu 640 kes (60%) yang mana daerah Kota Kinabalu merekodkan jumlah saringan kontak paling tinggi iaitu 125 kes .

“Ini diikuti oleh saringan bergejala yang mencatatkan 157 kes atau 14.7 peratus.

“Kluster sedia ada pula menambah 141 kes (13.2%) manakala sarıngan bersasar merekodkan 19 kes (2.6%),” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Masidi berkata dua kluster baru dilaporkan hari ini, sekali gus menyumbang jumlah kes 16 kes.

Dua kluster itu ialah Kluster Batu 2, Tawau dan Kluster Jalan Gunsapau, Ranau, katanya.

Kota Kinabalu mencatatkan jumlah kes baharu Covid-19 tertinggi dengan 206, diikuti Tawau (171 kes dan Beaufort dengan 87 kes.

Sementara itu, difahamkan Kerajaan Sabah akan mengumumkan pendekatan baharu dalam masa terdekat bagi menangani peningkatan kes COVID-19.

Ini termasuk memperhebatkan program saringan dan pemberian vaksin kepada penduduk di Sabah, khususnya di kawasan luar bandar.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles