KOTA KINABALU: Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima 666 bakul makanan bernilai RM20,000 yang disumbangkan oleh Celcom Axiata kepada food bank universiti itu.
Food bank UMS diwujudkan bagi membantu para pelajar yang terkesan dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih dikuatkuasakan.
Pengurus Perniagaan Celcom Axiata Wilayah Sabah dan Sarawak Mohammad Osdree Othaman menyerahkan replika cek kepada Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin sebagai simbolik penyerahan bakul makanan itu di Kota Kinabalu hari ini.
Bsrcakap kepada pemberita kemudian, Dr Taufiq berharap para pelajar universiti itu akan memanfaatkan bantuan tersebut, terutama ketika pandemik Covid-19 sekaramg.
Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada CELCOM yang sentiasa prihatin terhadap permasalahan rakyat khususnya pelajar institusi pengajian tinggi awam.
Menurut Dr Taufiq, terdapat 4,000 pelajar yang berada di kampus induk itu namun sebahagiannya subah balik kampung selepas menduduki peperiksaan semester.