Guru dan murid SK Lubok Temiang dan SK Desa Tasik sepakat jayakan Program Merentas Maya

LABUAN: Sekolah Kebangsaan Lubok Temiang (SKLT) Wilayah Persekutuan Labuan dan SK Desa Tasik (SKDT) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah bekerjasama menjayakan Program Merentas Maya anjuran bersama Program Pemulihan Khas Kedua-dua sekolah, baru-baru ini.

Advertisements

Guru Pemulihan Khas SKLT, Norhasiken Mohd Dahli dan Guru Pemulihan Khas SKDT Noor Hana Ismail merupakan penyelaras program yang pertama kali diadakan itu. Turut hadir Guru Besar SKLT, Haji Adam Abd Rahim dan Guru Besar SKDT, Mazlan Bahari. Hadir sama menjayakan program tersebut ialah Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Bangsar Pudu, Nur Huda Md Ralip, Ketua-ketua Panitia, Zunika Amboh Turuh (SKLT) dan Che An Khalid (SKDT).

Program tersebut turut membabitkan 12 orang murid SKLT, tiga murid Tahun 3 dan tujuh murid Tahun 2 SKDT di samping 22 orang guru SK Luibok Temiang dan 10 orang guru SK Desa Tasik.

Antara objektif program tersebut iaialah memberi ruang kepada murid untuk belajar dan berinteraksi dengan rakan-ranak dari sekolah yang berlainan. Selain itu, menjalin hubungan yang baik antara kedua-dua buah sekolah.

Pada masa sama, ia meningkatkan kemahiran belajar murid melalui pendedahan kepada kaedah ‘belajar membaca ekspereei’.

“Memberi pengalaman baharu kepada murid-murid melalui aktiviti lawatan secara maya mewujudkan kolaboratif antara kedua-dua buah sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Perseku8tuan Kuala Lumpur,” jelas Haji Adam.

Sempena program tersebut, diadakan aktiviti lawatan secara maya SKLT ke SKDT dan sesi Taaruf antara guru dan murid, sesi perkongsian ilmu dan inovasi daripada dua orang guru pemulihan khas kepada murid pemulihan khas.

Sementara itu, Norhasiken yang telah berkhidmat lapan tahun di SKLT dilantik sebagai Pengerusi Majlis Gurus Pemulihan Khas Wilayah Persekutuan Labuan dan Guru Inovasi Pemulihan Khas Wilayan Persekutuan Labuan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles