Sabah berada dalam rangka mencapai 60 peratus vaksinasi menjelang Oktober

KENINGAU: Sabah berada dalam rangka untuk mencapai matlamat memvaksin sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk pada bulan Oktober dengan program jangkauan luar (mobile outreach) menunjukkan hasil yang baik setakat ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor berkata, berdasarkan angka Program Vaksinasi Jangkauan Luar, Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), jumlah sebenar orang yang disuntik telah melebihi sasaran selama empat hari berturut-turut bermula 21 Julai.
Pada 21 Julai lalu, penduduk yang sudah mendapatkan sama ada dos pertama atau kedua adalah 31,375, manakala pada 22 Julai (32,293), 23 Julai (35,749) dan 24 Julai (32,504).
“Dengan ketibaan vaksin dos tunggal CanSino yang dijangkakan pada bulan depan, Sabah kini berada dalam rangka untuk mencapai sasaran itu,” katanya.
Ditambah dengan pembukaan PPV Integrasi pertama Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada 28 Julai ini, akan membantu meningkatkan kadar vaksinasi di negeri ini.
Bersama dengan program sedia ada iaitu Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) untuk pekerja industri, PPV Integrasi yang melibatkan dua organisasi Penjagaan Kesihatan swasta diharap dapat meningkatkan vaksinasi daripada 1,500 hingga 10,000 sehari, kata Hajiji.
Sementara itu, beliau berkata Sabah akan menerima satu juta dos vaksin Pfizer dan menjangkakan penghantaran 1.8 juta dos vaksin CanSino yang diminta, menjelang bulan depan.
Ketua Menteri berkata demikian selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) daerah di Kompleks Sukan Keningau di sini pada Selasa.
Beliau juga menyerahkan Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 3.0 di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah di Dewan Keningau, di Majlis Daerah berkenaan.
Mengenai bakul makanan dan bantuan secara tunai one-off, Hajiji berkata sebanyak 84.25 peratus atau RM88,815,600 daripada RM120,469,481 yang diperuntukkan di bawah BSP 3.0 yang diumumkan pada 9 Jun lalu, sudah disalurkan.
Sebanyak RM45,612,200 yang telah diperuntukkan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah adalah sebahagian daripada RM120 juta dan hampir keseluruhannya sudah disalurkan.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles