Hargai Pengorbanan Petugas Barisan Hadapan – Amir

327

LABUAN: Pengerusi Perbadanan Labuan Dato Sri Amir Hussin dengan kerjasama Syarikat Marrybrown telah menyampaikan sumbangan kit makanan kepada hampir 500 petugas barisan hadapan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Pengorbanan dan komitmen yang tinggi para petugas barisan hadapan dalam mengekang penularan jangkitan COVID-19 di Wilayah Persekutuan Labuan wajar dihargai oleh semua pihak.

“Kita perlu menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang telah berkorban masa dan tenaga dalam memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat distabilkan, “ katanya ketika ditemui pada program penyerahan agihan kit makanan di Menara Perbadanan Labuan.

Amir turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada warga pulau Labuan yang telah memberikan kerjasama dan mematuhi SOP yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan selama ini.

“Selain menghargai petugas barisan hadapan, warga Pulau Labuan secara keseluruhannya telah memberikan kerjasama dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dalam menjayakan sasaran kerajaan untuk menstabilkan kes COVID-19 di Wilayah Persekutuan Labuan, katanya.

Simbolik penyerahan diadakan di Menara Perbadanan Labuan yang telah disempurnakan Amir kepada wakil PDRM Labuan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Penguatkuasa Perbadanan Labuan.

Turut hadir Pengerusi Jawtankuasa Pengurusan Bencana Daerah Labuan Hj Rituan Hj Mohd Ismail, Pengarah Jabatan Kesihatan W.P Labuan Dr Ismuni Bohari, Wakil MarryBrown Labuan Hjh Rokiah Hj Ismail.