Enam Kluster Baharu Covid-19 Dikesan Di Sabah, kes baharu naik lagi ke angka 818

KOTA KINABALU: Enam kluster baharu Covid-19 dikesan di Sabah hari ini, sekali gus menyumbang kepada kenaikan mendadak jumlah kes baharu Covid-19 ke angka 818.

Advertisements

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Masidi Manjun berkata kluster-kluster baharu yang dikenal pasti itu ialah Kluster Gipan, Kolombong Kota Kinabalu (tempat kerja), Kluster Tinabau, Kinabatangan (tempat kerja), Kluster Sogo-Sogo, Tongod (komuniti), Kluster Jalan Tungku, Lahad Datu (komuniti),Kluster Simpang 3 Ranau, (tempat kerja) dan Kluster Gerbang Kauran, Keningau (komuniti/aktiviti keagamaan).

Beliau berkata kluster-kluster baharu tersebut merekodkan sejumlah 61 kes atau 7.5 peratus.

“Sekali lagi ditekankan bahawa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tahap pematuhan SOP yang tinggi perlu patuhi oleh rakyat Sabah untuk membendung penularan kes Sabah yang semakin meningkat,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Mengenai kes baharu Covid-19 hari ini, Masidi berkata sembilan daerah mencatat kes baharu melebihi 35, iaitu Papar (37), Tuaran (44), Beluran (44), Tawau (55), Sipitang (57), Beaufort (66), Keningau (69), Penampang (77) dan Kota Kinabalu (167 kes).

Menurutnya penyumbang utama yang berjumlah 364 kes atau 44.4 peratus adalah dari saringan kontak rapat.

Katanya ini diikuti tambahan kes dari kluster sedia ada dengan 148 kes (18 %), sarıngan bersasar 104 kes (12.7%) dengan daerah Kunak mencatatkan jumlah tertinggi saringan bersasar iaitu 23 kes.

Masidi berkata sarıngan bergejala pula menyumbang 103 kes (12.6%).

Related Articles

253FansLike

Latest Articles