Pemberian Vaksin di Klinik Terbaik, Mudahkan Rakyat – Jahid

JAHID Menyaksikan Suzan@Chang Fui Yean, 41 tahun, dari Kampung Menguwou Topokon, menerima suntikan vaksin.

TAMPARULI: Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim menyifatkan usaha mengadakan pemberian vaksin di klinik kesihatan amat baik kerana memudahkan penduduk setempat.

Advertisements

Katanya, inisiatif mengadakan pemberian suntikan seperti yang dianjurkan Klinik Kesihatan Tenghilan, hari ini dilihat mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat.

“Selain memudahkan penduduk, langkah seperti ini sekaligus membantu mempercepatkan sasaran majoriti rakyat divaksinasi,” katanya ketika meninjau proses vaksinasi tersebut di Klinik Kesihatan Tenghilan, hari ini.

Beliau yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, memuji para petugas proses vaksinasi berkenaan kerana pengurusan mereka yang sangat teratur.

Justeru, beliau menyeru orang ramai untuk segera mendaftar bagi mendapatkan suntikan vaksin untuk kebaikan diri, keluarga dan masyarakat.

Sementara itu, Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Tenghilan, Hj Raisin Gagah, memberitahu, program itu menyasarkan seramai 100 penerima vaksin hari ini.

“Manakala esok dijangka seramai 500 penduduk lagi akan menerima suntikan vaksin,” katanya.

Suzan@Chang Fui Yean, 41 tahun, dari Kampung Menguwou Topokon, berkata, pada mulanya beliau agak risau untuk menerima suntikan vaksin tersebut.

“Tetapi sekarang saya tahu bahawa vaksin ini bukan sahaja dapat melindungi diri, malah juga keluarga dan orang lain,” katanya sambil mengongsikan perasaan bangganya kerana berani tampil menerima vaksin.

“Terima kasih kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan semua pihak yang terlibat dalam memberikan vaksin kepada seluruh masyarakat di Tamparuli,” katanya.

Turut hadir Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Tenghilan, Dr Penny Marcus.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles