SMK Rancha-Rancha Hargai Pelajar Cemerlang SPM 2020

LABUAN: SMK Rancha-Rancha telah mengadakan majlis penghargaan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2020.

Advertisements

Majlis ini diadakan secara dalam talian yang di hadiri oleh pelajar-pelajar cemerlang bersama ibubapa ,wakil Pengarah dari Jabatan Pendidikan Wilayah Perekutuan Labuan, jawatanKuasa Tertinggi Persatuan Ibubapa dan Guru serta  Guru – guru Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha-Rancha.

Majlis ini dikendalikan oleh unit kurikulum bersama barisan pentadiran tertinggi Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha-Rancha yang bertujuan memberi penghargaan dan ucapan tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah gigih berusaha sehingga memperoleh pencapaian terbaik yang membanggakan kedua ibubapa khususnya dan juga mengharumkan nama sekolah .

Terdapat 15 orang pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia 2020 yang telah di pilih oleh pihak sekolah, kesemua mereka diberikan hadiah penghargaan dan sijil. Nur nabilah Afiqah Binti Shamsudin telah di nobatkan sebagai pelajar terbaik keseluruhan kerana telah memperolehi 11A,( 5A+, 6A-) Hadiah penghargaan berbentuk wang tunai di sumbangkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menangah Kebangsaan Rancha-Rancha Wilayah Persekutuan Labuan.


Pengetua SMK Rancha-Rancha Ustaz Wan Azman bin Wan Awang megucapkan terimaksih atas usaha unit Kurikulum berserta guru-guru kanan bidang mata pelajaran serta setiausaha Kurikulum Pn Ismayani Ismail selaku penyelaras majlis atas penganjuran majlis gemilang ini walapun hanya diadakan di dalam talian.

Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pelajar cemerlang kerana telah memperoleh prestasi cemerlang walaupun pelbagai cabaran ditempuh sepanjang tahun 2020.

perjuangan para pelajar melalui saat-saat sukar tanpa menyerah kalah akhirnya mampu mengukir kejayaan yang membanggakan. Sesungguhnya kegigihan, keiltizaman, dan disiplin diri adalah formula kejayaan bagi setiap pelajar.


Beliau juga mengucapkan ribuan terimakasih dan penghargaan terhadap usaha gigih guru-guru, kaunselor sekolah serta ibubapa dalam membantu kejayaan pelajar-pelajar .

usaha berterusan tanpa perasaan jemu dan putus asa yang ditunjukkan oleh guru – guru Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha-Rancha ini juga merupakan satu kebangaan kepada beliau.

Tanpa komitmen guru yang tinggi kejayaan sukar di capai. Beliau menambah, pihak pentadbir sekolah dan guru-guru tingkatan 5 khususnya menghadapi cabaran pandemik Covid 19 yang menggerunkan yang bermula pada akhir Februari 2020 namun pihak SMKRR sentiasa merancang pelbagai usaha untuk menambah baik dan meningkatkan kecemerlangan pelajar SMKRR selaras dengan matlamat pendidikan negara.


Beliau juga mengucapkan terimakasih kepada Puan Maimoon binti Matnoh, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan WP. Labuan, wakil rasmi Tuan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan WP Labuan yang telah sudi bersama-sama menjayakan majlis seterusnya menjadi perasmi dalam majlis tersebut.

Beliau juga mengucapkan terimakasih atas kehadiran Yang DiPertua Persatuan IbuBapa dan guru Tuan hj Adi bin Tuah serta Jawatankuasa tertinggi Persatua Ibubapa dan guru atas kehadiran mereka dan memeriahkan lagi majlis pada pagi tersebut.

Puan Maimoon binti Matnoh, Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan WP. Labuan, wakil rasmi Tuan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan WP Labuan, telah menyampaikan salam Tahniah dari Pengarah Jabatan Pelajaran W.P Labuan kepada seluruh warga pendidik Sekolah Menengah Kebangsaan Rancha-Rancha atas kejayaan pelajar-pelajar nya serta kejayaan sekolah mendapat keputusan 100% lulus.

Keupayaan sekolah ini yang mampu melahirkan pelajar cemerlang dan kelulusan 100% adalah sesuatu kejayaan yang perlu di kekalkan dan sentiasa di pertingkatkan dari masa ke semasa.

Momentum yang baik ini perlu dikekalkan , dan ini adalah bukti kerjasama baik yang ditunjukkan oleh warga SMK Ranca-Rancha.


Beliau berpesan. Kepada pelajar cemerlang yang diraikan semoga Kejayaan dalam peperiksaan SPM 2020 adalah satu titik permulaan bagi mereka untuk merail lebih banyak kejayaan di masa hadapan dan menjadi pendorong kepada mereka mencapai impian dalam kehidupan ini. Selamat menempuh perjalanan hidup yang lebih bermakna dan mencabar.

Terkadang, penat dan lelah dalam belajar adalah harga yang harus dibayar untuk memperoleh kejayaan di akhirnya.

Semoga dengan adanya majlis seumpama ini akan menjadi satu contoh terbaik kepada pelajar-pelajar lain yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia akan datang.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles