Kes Baharu Covid-19 di Sabah melonjak ke angka 647

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan jumlah kes baharu Covid-19 yang “amat tinggi” hari ini iaitu 647.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata maklumat awal menunjukkan 44.0 peratus (278) kes datang daripada kluster-kluster sedia ada.

Katanya ini termasuk kluster baharu, Jambatan Liawan, Keningau yang mencatatkan 38 kes.

“Kluster Penjara Kapayan menambah 204 kes baharu yakni 65.4% daripada 312 kes yg direkodkan di Kota Kinabalu hari ini,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.

Masidi berkata 34 peratus (220) pula merupakan kontak rapat yang menyaksikan Tawau mencatat kes tertinggi dalam kategori ini iaitu 58 kes.

Kota Kinabalu mencatatkan jumlah kes baharu Covid-19 yang tinggi hari ini iaitu 312, diikuti Tawau (78 kes) dan Keningau dengan 39.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles