Oleh Liza Din
KOTA BELUD: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah menyerahkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan dan penduduk kampung yang terjejas akibat Covid 19 di Kampung Nahaba dan Kampung Jawi Jawi Kota Belud.
Penyampaian sumbangan disempurnakan ahli lembaga Pengarah Fama Malaysia Datuk Japlin Akim di Pos Kawalan pintu masuk utama ke kampung yang dikenakan PKPD.
“Sumbangan berbentuk hasil pertanian -sayur-sayuran dan buah-buahan serta beras itu merupakan program Fama Sabah.
“Ia bertujuan membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19,” katanya di sini pada Jumaat.