DBKK Buka Taman Awam Teluk Likas Mulai Ahad

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan membuka semula operasi Taman Awam Teluk Likas mulai Ahad ini.

Advertisements

Menurut kenyataan pejabat Mayor DBKK,
pembukaan semula operasi taman itu dilaksanakan susulan pembukaan semula Taman Ujana Rimba Tropika dan Taman Tun Fuad Stephens pada 13 Julai lepas.

Sebagai permulaan, had kapasiti kemasukan ke taman ini adalah berdasarkan ‘carrying capacity’ kawasan trek yang diminimakan atas pertimbangan terhadap faktor kesihatan awam.

Kenyataan itu berkata had kapasiti kemasukan akan dipertimbangkan dari masa ke semasa berdasarkan tahap pematuhan oleh pengguna taman awam tersebut.

Taman Awam Teluk Likas ditetapkan had kapasiti kemasukan seramai 200 orang bagi setiap dua jam masa penggunaan yang bermula dari Lampu Trafik Peak Condo ke Jambatan Yayasan Sabah.

Masa pembukaan taman adalah bermula seawal 6.00 pagi hingga 10.00 pagi (dua sesi) manakala sesi petang bermula pada 4.00 petang hingga 6.00 petang (satu sesi).

Tiada sebarang aktiviti mahupun individu dibenarkan berada di taman ini selain dari masa yang tersebut.

Bagaimanapun, pembukaan taman itu terhad kepada aktiviti untuk berjogging, zumba dan senamrobik dengan maksimum tidak melebihi 10 orang dalam satu masa sahaja.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles