Pendidikan Secara Maya Pilihan Tepat, signifikan bagi menjayakan PdP – Salleh

KOTA BELUD: Pendidikan secara maya atau digital merupakan pilihan tepat dan signifikan bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) terutama ketika pandemik Covid-19.

Advertisements

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pendekatan baharu itu dilaksanakan susulan pandemik COVID-19 yang telah menyebabkan sekatan pergerakan (lockdown) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia sebagai langkah menangani rantaian wabak tersebut.

“Ini menyebabkan proses Pengajaran dan Pembelajaran telah bertukar kepada sesuatu yang bukan baharu tetapi mula dilihat sebagai pilihan yang tepat pada ketika ini, iaitu pembelajaran secara maya.

“Saya sendiri pun mengadakan perjumpaan dan mesyuarat secara maya,” katanya.

Salleh yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Program Pemantapan Akademik Calon SPM 2021 Mukim Kulambai SMK Usukan yang diadakan secara maya, dekat sini hari ini.

Turut hadir pengetua SMK Usukan Johari Hajat.

Salleh berharap program itu dapat mencapai matlamatnya untuk meningkatkan prestasi pencapaian akademik pelajar SPM serta objektif yang perlu dicapai.

Antara objektif program itu ialah memberi kemudahan kelas/ceramah secara “Google Meet” kepada calon-calon SPM dalam pandemic Covid 19.

Ia juga bermatlamat meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan SPM 2021 selain
meningkatkan semangat dan kekuatan diri pelajar.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles