PATI Kibar Bendera Putih Tagih Simpati – Kionsom

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesan sekurang-kurangnya tujuh bendera putih yang dipasang oleh sekumpulan pendatang tanpa izin (PATI) di perkampungan setinggan Bukit Bantayan Kionsom, Inanam.

Advertisements

Berdasarkan pemantauan JIM cawangan Sabah, bendera bewarna putih itu diikat bersama papan dan keratan kotak tertera nombor telefon serta nama “yang isi kandungan tulisan pada papan dan kotak itu berupa memohon bantuan makanan daripada orang ramai”.

Dalam kenyataan media hari ini, JIM berkata
tindakan telah diambil dengan menghubungi nombor telefon berkenaan dan mendapati pemilik nombor telefon tersebut terdiri daripada tujuh keluarga dari kalangan wanita warga negara Filipina.

Keluarga berkenaan disyaki tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah.

Siasatan lanjut mendapati mereka tidak mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.

Sumber pendapatan keluarga terbabit bergantung sepenuhnya kepada hasil pendapatan suami yang menurut mereka kini berada atau bekerja di daerah Kota Belud.

Difahamkan sekatan perjalanan antara daerah dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 telah menjadi halangan kepada suami mereka kembali ke pangkuan keluarga masing-masing sekaligus menyebabkan berlakunya keadaan sedemikian.

Kerajaan Negeri Sabah pada dasarnya hanya memberikan bantuan kepada rakyat yang berstatus warganegara sahaja.

Namun sekiranya terdapat badan-badan NGO dan orang awam yang memberi bantuan kepada PATI, pihak kerajaan negeri tidak menghalangnya.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles