Mositun Optimis 80 peratus penduduk DUN Limbahau Dapat Divaksin Menjelang Disember 2021

PAPAR: Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Limbahau, Datuk Johnny Mositun optimis proses vaksinasi Covid-19 di daerah ini, termasuk di DUN Limbahau, dapat dipercepatkan apabila dos vaksin sebanyak lebih satu juta tiba di negeri ini tidak lama lagi.

Advertisements

Beliau berkata bekalan vaksin yang tidak mencukupi telah menyumbang kepada proses vaksinasi yang agak perlahan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Papar.

Sehubungan itu, Mositun berharap DUN Limbahau tidak tercicir dalam pengagihan dos vaksin apabila bekalan tambahan tiba bulan ini, sekali gus membantu mempercepatkan pemberian vaksin.

“Jika Limbahau melalui Outreach programme dapat menvaksin sebanyak 4,000 ribu orang, kita mensasarkan sehingga bulan Disember,2021 kita dapat mencapai lebih 80 peratus.

“Oleh itu, kita merayu kepada Kerajaan agar dapat memenuhi jumlah permintaan yg tinggi kerana lebih ramai sufah terbuka untuk di vaksin di seluruh Sabah,” katanya.

Mositun berkata demikian selepas menyempurnakan penghantaran bantuan makanan untuk Food Bank — Holy Rosary Limbahau yang diagih-agihkan kepada orang perseorangan yang memerlukan di sekitar daerah Papar.

Beliau berkata UPPM Limbahau komited untuk terus membantu Kementerian Kesihatan Malaysia, Pegawai Daerah, Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19, Jabatan Penerangan, PDRM, PKOB Untuk Program ini, terutama daripada segi penyediaab tempat penvaksinan.

Statistik terbaharu menunjukkan terdapat sekitar 15,000 penduduk Limbahau yang perlu divaksin, melibatkan sembilan mukim dan 40 kampung.

Mositun berkata setakat ini, seramai 3,394 penduduk DUN Limbahau telah berdaftar dengan mengisi borang, tidak termasuk yang mendaftar melalui Mysejahtera.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles