Tabs, Sabah FC Berkalobarasi Jayakan Program Pembangunan Belia

KOTA KINABALU: Tunas Asas Bolasepak Sabah (TABS) SAFA Bandaraya bersetuju untuk mewujudkan kalobarasi dengan Sabah FC bagi program pembangunan bolasepak belia kelab tersebut.

Advertisements

Pengerusinya Sulaiman Mohd Noor, berkata pihaknya pada dasarnya sudah menyetujui kerjasama kedua-dua pihak berhubung program itu.

Katanya, beliau bersama timbalan pengerusinya, Lokman Sunggim telah berbincang dengan Pengarah Teknikal Sabah FC, Scott Olerenshaw baru-baru ini bagi memuktamadkan kerjasama tersebut.

Melalui kalobarasi itu, TABS akan menyediakan dua pasukan kategori bawah 10 tahun dan bawah 17 tahun untuk program pembangunan belia itu dan akan mewakili Sabah FC untuk menyertai sebarang kejohanan antarabangsa, nasional dan liga tempatan bagi peringkat umur itu.

Pasukan TABS juga akan bertanding mewakili Sabah FC dalam pelbagai peringkat umur dalam Liga Bolasepak Remaja Kota Kinabalu.

Menurut Sulaiman, menerusi kerjasama itu, Sabah FC bersetuju membantu TABS bagi memberi meningkatkan pendidikan dalam aspek kejurulatihan selain menyediakan jersi dan kit peralatan sukan sepanjang tempoh kerjasama kedua-dua pihak.

Beliau menambah bahawa satu memorandum persefahaman kedua-dua pihak akan dimeterai dalam masa terdekat.

“Kalobarasi itu dijangka akan mengambil masa lima tahun dan dijadual berakhir pada 2026,” katanya.

Sulaiman berkata, sebagai sebuah badan yang telah lama menggendalikan program pembangunan bolasepak akar umbi di negeri ini, TABS sebenar telah berjaya melahirkan ramai pemain untuk mewakili pasukan senior termasuk Sabah FC, skuad Piala Presiden dan Piala Belia sebelum ini.

“KIta berharap kalobarasi dengan Sabah FC, sebuah kelab Liga Super sudah tentunya dapat membantu merancakkan lagi program pembangunan untuk memajukan mutu bolasepak di Sabah,” ujar beliau.

Related Articles

253FansLike

Latest Articles